Tips Pemakanan & Gaya Hidup Yang Sihat

11:21 PM forever aloe vera gel 0 Comments


Faktor zaman sekarang dengan teknologi yang pelbagai dari segi pemakanan,  ramai orang mudah terkena penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi , strok, gout, buah pinggang, & lain-lain..

Makanan yang seperti di sejuk beku & diproses dalam tin sebenarnya menyumbang kepada masalah penyakit kerana tahap khasiatnya sudah tiada lagi.. Kandungan daripada bahan-bahan kimia , bahan pengawet, bahan perisa yang jika diambil setiap hari boleh menyebabkan penyumbangan toksik dalam badan.. Selagi toksik dalam badan banyak apa-apa yang berkhasiat semuanya tidak dapat diserap lagi dengan baik.. apa yang perlu yang kita buat adalah detox.

Detox adalah proses pembuangan toksik dalam badan dengan cara mengamalkan supplement tambahan yang boleh membuang mendapan toksik dalam salur usus atau dinding usus.. Pemakanan yang kita makan akan diserap  oleh usus.. jadi usus kita kena bersih daripada toksik.. Nurul & sekeluarga cuma ambil supplemen seperti Aloevera gel daripada Forever Living produk.. Alhamdulilah selepas amalkan badan rasa ringan, bertenaga & semua kerak-kerak toksik dlm salur usus keluar..

Mari amalkan pemakanan yang sihat supaya badan tambah sihat.. Sihat itu jihad!

Tips pemakanan yang sihat :

->Makan secukupnya nasi, mee, bijirin & hasil bijirin

->Makan banyak buah & sayur setiap hari
Tips Pemakanan & Gaya Yang Sihat

->kurangkan makan masin

->Hadkan makanan manis & berlemak

->Minumlah 6 hingga 8 gelas air setiap hari

->Jangan lupa makan sarapan berkhasiat

->Aktifkan diri setiap hari & awasi berat badan

->Ambil susu & produk tenusu setiap hari

->Ambil makanan & minuman yang bersih & selamat


Piramid Makanan

Tips gaya makan secara sihat :

 ->Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

-> Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

->Elakkan makan di tengah malam.

-> Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

->Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

->Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

->Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan. Elakkan dr minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.

->Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.Banyakkan makan sayur dan ulam.

->Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood,belacan,telur dan segala makanan yg alah dengan resdung.

->Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

->Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.

Tips Gaya Pemakanan Yang Sihat

Jom ubah gaya pemakanan kita & makan makanan yang berkhasiat sahaja supaya badan kita sihat & diberi tenaga berganda untuk aktiviti seharian kita..


0 comments: