Resepi Biskut Y Mudah

11:59 PM forever aloe vera gel 0 Comments


Rasa seronok pulak share resepi biskut2 raya ni.. lagi2 mood raya dah sampai..ada pulak yang dah cuba resepi sebelum ni.. wow excited mak! hehehe
untuk kali nak share resepi biskut Y.. memang tiap2 tahun buat tak pernah miss biskut ni.. dah la simple.. mudah sangat.. sedap giler.. rasa macam letak nestum.. padahal tak letak pun..rangup pulak tu.. guna 3 barang je.. yang penting kena ada acuan biskut Y..
Resepi Biskut Y Mudah

Biskut Y

Bahan-bahan ( +/- 60 biji )

1 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
merjerin/butter secukupnya (dlm 180g)
* Butter kalau tak cukup boleh tambah sikit sampai dia seroi2 gitu..

Cara-cara:

1. Campurkan / gaulkan gula pasir dgn tepung dalam mangkuk.
Masukkan marjerin/butter sikit2 sehingga boleh dijadikan seperti doh.

2. Tekan masuk ke dlm acuan Y dan susun di dalam loyang pembakar.
Acu Biskut Y

3. Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak (nampak kuning nk coklat, pastu nampak corak petak gula pasir timbul)


4. Dah masak, keluarkan dr oven. Sejukkan dan kemudian br keluarkan dr acuan. Kalo x nanti dia pecah. Kemudian siap sedia utk disimpan atau makan

0 comments: