10 Rahsia Kehebatan Forever Bee Pollen

10:45 PM forever aloe vera gel 0 Comments


Bee Pollen atau debunga lebah adalah satu-satunya sumber makanan yang mengandungi 22 zat gizi yang diperlukan untuk nutrisi yang seimbang dan kesihatan yang menyeluruh. Kerana ini Bee Pollen di anggap makanan bergizi lengkap sehingga sering disebut SUPER FOOD. Pembentukan makanan super (superfood) adalah fenomena yang jarang terjadi secara alamiah. Makanan super diperoleh dari sumber makanan yang memiliki kandungan gizi berkualiti yang kompleks.

Rahsia kelebihan Bee Pollen
Bee pollen merupakan makanan super paling terkenal. Fitonutrien yang ditemukan pada Bee Pollen jumlahnya ribuan. Zat gizi yang termasuk dalam kategori polifenol ini berfungsi sebagai ANTI-OKSIDAN. Bee Pollen mengandung anti- oksidan yang paling aktif di antara bahan makanan lain.
Debunga lebah ini kaya dengan protein (lebih kurang 40% protein), asid amino dan vitamin (termasuk B-Complex dan asid folik). Ia terhasil apabila lebah-lebah ini akan hinggap dan menyedut nutrisi dari ribuan spesis bunga yang terdapat di gurun sanoran menjadikan ia makanan tambahan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.

Tahukah kita bahawa untuk mendapatkan satu sudu kecil debunga lebah ini, seekor lebah perlu bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari selama sebulan untuk mengumpulkan hasilnya. Lama kan? Dan setiap pelet debunga lebah mengandungi lebih 2 juta biji debunga bunga (flower pollen) dan satu sudu kecil mengandungi lebih dari 2.5 bilion biji debunga bunga. Terasa seperti tidak masuk akal tetapi inilah yang sebenarnya.

  
10 Rahsia kelebihan khasiat Bee pollen yang baik pada tubuh

1. Membekal dan Meningkatkan Tenaga - Pelbagai nutrien yang terdapat dalam debunga lebah menjadikannya penggalak tenaga secara semulajadi. Kandungan Karbohidrat, protein dan vitamin B yang terdapat dalam Bee Pollen membantu kekal bertenaga sepanjang hari dengan meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan.

2. Masalah Kerengsaan Kulit - Bee Pollen sering digunakan dalam produk topikal yang bertujuan untuk merawat keradangan dan kegatalan pada kulit  seperti psoriasis atau ekzema. Asid amino dan vitamin melindungi kulit dan membantu pertumbuhan semula sel-sel.

3. Sistem Pernafasan - Bee Pollen mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang membantu mengurangkan masalah atau kesan anti-radang pada tisu paru-paru dan menghalang serangan asma.

4. Merawat Alahan/Alergik - Debunga membantu mengurangkan alahan. Dr Leo Conway dari Denver Colorado, melaporkan bahawa 94% daripada pesakit yang mengamalkan Bee Pollen telah bebas dari gejala-gejala alahan setelah dirawat dengan memberi pesakit tersebut makan oral debunga. Semua masalah kesihatan yang berpunca
dari alahan asma hingga ke masalah sinus telah dapat dipulihkan.Ini membuktikan bahawa debunga lebah adalah SANGAT berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.

5. Sistem pencernaan - Selain vitamin yang sihat, mineral dan protein, debunga lebah juga mengandungi enzim yang boleh membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan. Kandungan enzim yang terdapat dalam Bee Pollen ini membantu badan kita untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dari makanan yang kita makan.

6. Sistem Imun Booster - Debunga adalah baik untuk flora usus dan menyokong sistem imun badan. Debunga lebah mempunyai sifat antibiotik semulajadi yang boleh membantu melindungi badan kita daripada dijangkiti virus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel badan kita serangan radikal bebas.

7. Merawat Ketagihan/keinginan - Digunakan secara holistik untuk penyembuhan ketagihan dan menghalang keinginan dari terus ketagih. Disebabkan sifat debunga yang mampu menghalang sesuatu keinginan, ia membantu dalam pengurusan penurunan berat badan.

8. Menyokong Sistem Kardiovaskular - Debunga lebah mengandungi bioflavonoid antioksidan yang membantu menguatkan sistem kapilari, saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tahap kolesterol. Ia juga boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.

9. Membantu Masalah Prostat - Berita baik bagi lelaki yang mengalami hiperplasia prostat benigna kerana boleh menarik nafas lega. Dengan menggunakan debunga lebah ia boleh membantu mengurangkan masalah keradangan pada prostat dan membantu masalah kerap buang air kecil.

10. Masalah Ketidaksuburan - Debungan Lebah bertindak merangsang  dan mengembalikan fungsi ovari dan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Ia juga bertindak sebagai penggalak hormon.

Banyak rupanya khasiat Bee Pollen yang ramai orang tak tahu kan.. alhamdulilah dah dapat nurul share kelebihan Bee Pollen ni..semoga bermanfaat untuk semua..  sampai-sampaikan la kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan penyakit yang berkaitan supaya mereka dalam keadaan sihat walafiat hendakknya.. Jom jihad untuk sihat..

Hubungi Nurul  di 019-4455623 untuk sebarang pertanyaan & untuk dapatkan stok anda hari ini.  


*Cod Produk Forever Living di sekitar Klang, Shah Alam & Banting.. luar dari kawasan boleh di pos.. 

0 comments: