Petua Orang Tua Mudah & Jimat Kos
Kita tahu
petua orang tua kalau diamalkan memang mujarab tau.. tapi kena la ada disiplin
sikit nak buatnya kan.. jangan kejap buat kejap tak buat.. lagipun semua petua
ni daripada bahan2 semulajadi yang mudah
kita nak dapatkan.. tak perlu la nak spend duit yang banyak untuk semua petua
ni…
Bila ada
kemahuan disitu ada jalan kan hehe betul tak?? Nurul kongsi kan sikit tentang
petua orang tua yang sangat baik untuk
anda semua.. semoga bermanfaat perkongsian ini..
Petua Cepat
Dipinang (Ringan Jodoh)
Ø
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air
yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan
tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari
berturut-turut.
Penawar
Resdung
Ø
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah
dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita
berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah
berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka
dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik
ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.
Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicinkan
dan Memerahkan Kulit Muka
Ø
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga
halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.
Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan
Kulit Muka
Ø
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu
hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian
campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair..
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara
ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan
menjadikan kulit kita segar.
Menghilangkan
Cagu
Ø
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg
mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah
kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan
air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan
Wajah
Ø
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri
apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat
sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah
akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan
Kulit
Ø
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka
seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga
berfungsi utk membersihkan kulit.
Menghilangkan
Bau Badan
Ø
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya.
Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan
Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu
manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam
insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat
tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan
Rambut
Ø
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan
dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan
lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian
bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat
Kulit Berkedut
Ø
Parut sebatang lobak merah yang telah
dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning
telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.
Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan
Bulu Mata
Ø
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan
lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.
Menghilangkan Parut
Ø
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn
mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat
yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam
sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan
Rambut
Ø
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga
keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta
satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn
tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda
Ø
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi
di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah,
senggugut akan hilang.
Kulit Cerah
dan Licin
Ø
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa
mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin
dan harum.
Rambut
Ø
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air
sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke
seluruh rambut.
Mengurangkan
Dengkur
Ø
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke
dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan
Ketuat
Ø
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik
terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering
sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan
Perut
1) Ambil air
limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut
kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika
tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap
malam.
2) Asam jawa
dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya
minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak
perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air
setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua
ini dapat mengelakkan perut buncit.
Mengekalkan
Kecantikan
Ø
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan
surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah
air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan
Kulit Cantik
Ø
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan
lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi
Senggugut
Senggugut
memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang
untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang
menakjubkan berkat izin Allah
1) Campurkan
halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara
kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak
kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji
sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan
anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman
saya.
2) Setelah
saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi
saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat
senggugut.
Menegangkan
Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Ø
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani
boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan
pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan.
Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah
kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan
Mata Gatal dan Letih
Ø
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian,
cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam.
Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang
kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menyegarkan
Mata
Ø
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada
kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya
selepas itu.
Menaikkan
Seri Muka
Ø
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan
beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak
Rambut Gugur
Ø
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah
buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala
selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut
lebat, hitam dan berkilat semula jadi.
Mengurangkan
Air Pada Faraj
Ø
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan
hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan
tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Sihat Tubuh
Badan
Ø
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan
kaki di atas rumput yg masih berembun.
Melangsingkan
Tubuh
Ø
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut
dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.
Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan
Parut di Kulit
Ø
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat.
Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk.
Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.
Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk
menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak
Keguguran Rambut
Ø
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi
minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga
dapat mencegah kelemumur.
Menghilangkan
Bau Ketiak
Ø
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas
kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak
tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan
Kelemumur
Ø
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit
kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan
rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini
juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur
Ø
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan
gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan
selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat
rambut dgn getah.
Menghilang
Sakit Kepala
Ø
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja)
lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah
menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar
dan ringan kepala.
Menghilang
Ketumbit Mata
Ø
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel
di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Menurunkan
Berat Badan
1) Ambil 3
sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air
perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum
sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
2) Sediakan
dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam
gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas
makan tengah hari atau selepas makan malam.
Mengatasi
Tumit Pecah
Ø
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing
buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Awet Muda
1) Amalkan
memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan
Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2) Sejurus
bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah
anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah Bangun
Pagi
Ø
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil
berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah,
esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan
Jerawat
Ø
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada
Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan
beransur hilang.
Meluruskan
Rambut Kerinting
Ø
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja
Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais
sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit
kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah
dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting
akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghaluskan
Kulit Muka
Ø
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu
tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang
telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas
itu barulah dibilas.
Memerahkan
Bibir
Ø
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum
masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai
gincu.
Memutih dan
Mengilatkan Gigi
Ø
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar
hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan
berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Tegangkan
Payudara
Ø
Amalkan meminum air kanji (air didih
nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghaluskan
Kulit Muka
Ø
Didihkan susu segar atau pun susu tepung
bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering
lalu dibasuh dengan air bersih.
Mengembalikan
Seri Muka Selepas Bersalin
Ø
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum
airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung
sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha
dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di
mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan
Bau Mulut
Ø
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan
tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga
bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Menghilangkan
Lebam Mata
Ø
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.
Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak
masuk tidur.
Menghapuskan
Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Ø
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh
kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Mengelak
Santau
Ø
Untuk mengelakkan santau melalui makanan,
pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau
lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun
tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,
berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin,
jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Meminimumkan
Gangguan Semasa Tidur
Ø
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana
boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam.
Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.
Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca,
bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan
bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu
adalah ibadat.
Menghilangkan
Sakit Kepala
Ø
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan
tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala
tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila
mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman
tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
0 comments: