Kebaikan Aloevera Gel Si Botol Kuning

11:55 PM forever aloe vera gel 0 Comments

Ramai orang sudah pun mengetahui akan banyaknya manfaat menggunakan Aloe Vera pada kulit untuk mengubati ruam, luka, lebam, kulit terbakar dan sebagainya. Ini terbukti dimana banyak pengamal perubatan traditional masyarakat melayu menggunakan Aloe Vera sebagai herba dalam perubatan traditional mereka untuk menyembuhkan penyakit luaran. Tetapi tidak ramai orang tahu tentang manfaat kesihatan meminum Jus Aloe Vera.

Jus Aloe Vera adalah suplemen berkhasiat dengan lebih dari 200 sebatian bermanfaat termasuklah Komplek Antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan mengurangkan kesakitan. Jus Aloe Vera adalah sangat selamat untuk diminum dan ia juga adalah sangat pelbagai guna. Ia diperbuat daripada 96.2% Aloe tulen. Oleh kerana itu ianya juga dipanggil "adaptogen" kerana ia boleh menyesuaikan diri dengan keperluan badan.

Terdapat banyak manfaat meminum Jus Aloe Vera kerana faktanya ia secara semulajadi mengandungi banyak nutrien yang berbeza: 12 vitamin (B1, B2, B3, B6, B12, C, E), 20 mineral dan 18 asid amino. Semua nutrien ini adalah sangat seimbang dalam nisbah yang ideal untuk membantu badan dalam upaya penyembuhan sendiri dan pembaikkan dalaman.



ANTARA 10 KEBAIKAN ALOE VERA GEL ADALAH:

1. Detox (Penyahtoksik)
Kini, dengan pencemaran udara, air yang kotor dan makananan yang tidak sihat seperti ayam segera, sayur yg disembur racum (tidak ditanam secara organik), pengumpulan toksin dalam badan kita boleh menyebabkan kesihatan fizikal dan mental terjejas. Toksin ini boleh menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit seperti penyakit jantung, keradangan, masalah kulit, dll. Amalan meminum Jus Aloe Vera akan memberikan banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk melakukan proses penyahtoksikan. Ini kerana, Aloe Vera mempunyai kebolehan semulajadi untuk membuat detoksifikasi pada sistem badan.
Aloevera Gel

2. Sistem Penghadaman yang Sihat
Sistem penghadaman yang sihat akan memastikan bahawa badan kita menyerap sebanyak boleh nutrisi daripada makanan yang kita makan. Jus Aloe Vera mempunyai kebolehan detoksifikasi semula jadi; mengamalkan minuman Jus Aloe Vera akan meningkatkan keteraturan usus dan meningkatkan upaya penyerapan protein. Ia juga membantu mengurangkan jumlah bakteria jahat dan ragi (yis) dalam usus kita. Aloe vera juga telah terbukti membantu mengurangkan dan melegakan pedih hulu hati dan masalah pencernaan yang lain.

3. Sokongan Imunisasi Secara Semulajadi
Aloe Vera adalah kaya dengan anti-oksidan - ia menggalakkan imunisasi semulajadi melawan radikal bebas dalam tubuh kita. Radikal bebas adalah sebatian tidak stabil yang dihasilkan daripada kesan sampingan daripada metabolisme sistem badan kita. Radikal bebas ini menyebabkan pelbagai penyakit, dan juga menyumbang kepada proses penuaan. Amalam meminum Jus Aloe Vera dapat memberikan tubuh kita bekalan anti-oksidan yang mencukupi, yang boleh merangsang dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita.

4. Mengurangkan Keradangan
Jus Aloe Vera Gel mengandungi 12 bahan-bahan yang boleh melambatkan atau menghalang keradangan, tanpa apa-apa kesan sampingan dan juga menyokong kutuhan sendi dan pergerakan otot.

5. Kolagen dan Pembaikkan Elastin untuk Kulit yang Sihat
Jus Aloe Vera mempunyai bekalan yang kaya dengan bahan-bahan mentah untuk diet anda, yang boleh menghasilkan dan mengekalkan kulit yang benar-benar sihat dan anjal. Kulit akan terganti dengan sendirinya setiap 28 hari. Menggunakan nutrisi daripada Aloe Vera, kulit boleh menggunakan nutrien ini setiap hari untuk membantu memerangi kesan-kesan penuaan. Aloe Vera juga membantu dalam melegakan kulit melecur, luka dan iritasi kulit.

6. Mengawal Berat Badan dan Tahap Tenaga
Jus Aloe Vera secara semula jadi membantu badan membersihkan sistem penghadamannya. Diet seharian kita meliputi banyak bahan-bahan yang boleh menyebabkan kelesuan dan keletihan. Jika diminum secara tetap, Jus Aloe Vera menghasil perasaan yang tenang yang boleh mengurangkan tekanan perasaan (tekanan yang terhasil kesan daripada keletihan), membolehkan tahap tenaga meningkat dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

7. Membekal Dos Harian Vitamin dan Mineral yang Mencukupi
Jus Aloe Vera mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, B12 (Aloe Vera adalah salah satu daripada beberapa tumbuhan di dunia yang mengandungi vitamin B12), C, E, Asid Folik dan Niacin . Tubuh manusia tidak boleh menyimpan beberapa vitamin ini, jadi kita perlu bekalkan mineral ini secara tetap melalui diet kita. Mineral yang terdapat dalam Aloe Vare termasuk Kalsium, Sodium, Zat Besi, Kalium, Copper, Zinc, Manganese, Magnesium, Chromium dan banyak lagi. Memang banyak nutrisi yang baik dalam Jus Aloe Vera ini sebenarnya!

8. Asid Amino
Tubuh manusia memerlukan 20 asid amino untuk membina protein; daripada jumlah 20 itu, 8 asid amino adalah sangat penting kerana badan tidak boleh menghasilkannya secara sendiri. Aloe Vera mengandungi 19 asid amino, dan 7 daripadanya asid amino yang sangat penting. Oleh itu meminum Jus Aloe Vera dapat menambah bekalan asid amino harian badan anda.


9. Penjagaan Gigi
Aloe Vera sangat membantu kesihatan mulut dan gusi kita kerana sifatnya yang anti-bakteria. Aloe Vera mengandungi vitamin dan mineral yang menggalakkan pertumbuhan sel dan penyembuhan. Aloe Vera sangat membantu dalam menyembuhkan pendarahan gusi dan ulser mulut.

10. Lebih Baik daripada Supplemen Tambahan
Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa mengamalkan pemakanan yang sihat untuk diet kita adalah jauh lebih baik daripada mengambil supplemen tambahan. Ini kerana makanan yang sihat kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi. Berita baiknya adalah Jus Aloe Vera dianggap sebagai makanan yang sihat, bukan supplemen yang dihasilkan dengan mesin.

PRODUK FOREVER LIVING YANG DICADANGKAN (ALOEVERA GEL)

> Formula berpaten, mengandungi gel Aloe Vera yang distabilkan 100% dan berkhasiat tinggi tanpa bahan pengawet.
> Kaya dengan serat tidak larut air yang boleh membantu melegakan sembelit dan mengawal-atur tahap kolestrol dan glukosa darah yang sihat.
> Mengandungi kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan penyembuhan
> Boleh membantu dalam penyembuhan sistematik tubuh dari penyakit yang dihasilkan dari proses detoksifikasi yang kurang baik
Forever Aloevera Gel

BERMINAT UNTUK PESANAN DI ATAS
DAN MAHUKAN PENJIMATAN SEHINGGA 15-35%??
DAFTARKAN DIRI ANDA SEBAGAI AHLI FOREVER LIVING
PASTINYA IA MEMBERI LEBIH PADA NILAI WANG ANDA
(NURUL 019-4455623)
FB- PENGEDAR ALOEVERA SELANGOR

INSTA- SWEETSFINGER_SHOP


0 comments: