Kenali 13 Faktor Penyebab Anda Masih Belum Hamil
Anak adalah harta yang paling
bermakna selepas mendirikan perkhawinan.. semua orang mengimpikan kehadiran si
kecil dalam kehidupan mereka kerana kehadirannya menambah lagi seri kebahagian
dalam rumah tangga..
Namun malangya apabila setelah
mendirikan rumah tangga, kehadirannya masih ditunggu sehingga bertahun-tahun
dan perasaan kecewa, sedih & murung
sentiasa menghampiri diri.. Melihat pada mereka yang mempunyai anak yang
ramai mestilah diri ini juga mengimpikannnya..
Apakah yang berlaku sebenarnya?? Berjumpa
dengan doktor pakar mengenai kesuburan suami isteri. Mengambil tindakan yang
betul untuk kebaikan pasangan dengan membuat ujian kesuburan dan mengambil makanan
berkhasiat atau suplemen tambahan yang boleh memperbaiki sistem reproduksi anda.
ANTARA PENYEBAB MASALAH YANG SERING
BERLAKU AKIBAT KETIDAKSUBURAN:
1) Kelainan genetik- ini juga disebut sebagai gangguan genetic di mana
terdapat kelainan pada kromosom seks seperti cystic fibrosis,yang terjadi
kepada sindrom klinefelter.
2) Gangguan Hormon- Hormon bertindak bagi merangsang kelenjar
pituitary bagi merangsang testis untuk menghasilkan sperma yang banyak dan
berkualiti. Gangguan hormon jelas mengganggu tahap kesuburan lelaki.
3) Varikokel- Varikokel adalah pembesaran abnormal pembuluh darah
vena di kantung testis. Hal ini selalunya dapat dikesan melalui benjolan pada
bahagian atas buah zakar sebelah kiri. Saluran Sperma Tersumbat. Hal ini
terjadi sejak lahir apabila saluran sperma tidak terbentuk dengan sempurna.
Selain itu, jangkitan bakteria dari hubungan seksual juga antara punca saluran
sperma tersumbat.
4) Mati Pucuk- Untuk menghasilkan ereksi, penis memerlukan aliran
darah yg cukup. Penyakit pembuluh darah boleh menyebabkan mati pucuk. Kerosakan
saraf juga mampu menyumbang kepada mati pucuk.
5) Merokok- menambahkan lagi risiko kemandulan dan menyebabkan
kegagalan untuk ereksi serta mati pucuk. Nikotin menyebabkan darah menjadi
lebih pekat dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan kurang efisyen,
termasuk di pembuluh darah dan alat kelamin.
6) Pengambilan Minuman Beralkohol- Alkohol dalam jumlah besar dapat
menurunkan kadar hormon testoteron sehingga mengganggu penghasilan sperma.
7) Kesan radiasi- Radiasi akan memberikan kesan negatif terhadap
jumlah dan kualiti sperma. Selain itu sperma yang terkena radiasi akan menjadi
kurang aktif sekaligus akan merendahkan potensi untuk persenyawaan.
8) Pengaruh Ubat- Beberapa jenis ubat mampu mempengaruhi tahap
kesuburan. Antaranya seperti antibiotic, ubat tahan sakit, ubat penenang dan
ubat hormon.
9) Tiub Fallopio tersumbat- Akibat jangkitan kuman pada tiub fallopio
dalam jangka masa yang lama,tiub fallipio boleh rosak dan tersumbat. Hal ini
menghalang proses persenyawaan. Antara sebab lain adalah mungkin disebabjan
kehamilan luar Rahim di mana janin menempel pada tiub fallopio (ectopic) atau
penempelan parut tisu didalamnya (endometrosis).
10) Bendalir dalam Rahim terlalu Pekat. Hal ini menyebabkan sperma
tidak mampu untuk berenang dengan cepat. Cecair dalam rahim menjadi lebih
berasid dan mampu mematikan sperma. Berat badan berlebihan dan tidak seimbang.
11) Berat badan berlebihan atau berat badan tidak seimbang mengganggu
kesuburan wanita- Hal ini kerana badan memerlukan 17% lemak dari tubuh
badan di awal kitaran haid dan 22% sepanjang kitaran haid. Lemak mengandungi
enzim yang diperlukan untuk menghasilkan hormone estrogen. Sekiranya lemak
kurang atau berlebihan,ia jelas mengganggu tahap kesuburan wanita.
12) Faktor Usia- Bagi wanita,tahap
kesuburan akan menyusut sekitar 35 tahun dan menurun secara drastic pada
usia 37 tahun sehingga memasuki fasa menopause sekitar 45-50 tahun. Hal ini
kerana,sel telur akan berkurangan setiap kali wanita mengalami menstrual dan
habis menjelang menopause. Berbeza dengan kaum lelaki,di mana sperma terus
terhasil selagi lelaki tersebut masih dalam keadaan normal dari sudut
anatominya.
13) Tekanan atau Stress- Gaya hidup yang penuh dengan tekanan antara
penyumbang 15-20% kepada ketidaksuburan bagi kaum wanita.Gaya hidup yang lebih
berdaya saing pada zaman sekarang mencetus tekanan sekaligus mengganggu
ovulasi,mengganggu spermatogenesis,kekerapan hubungan suami isteri sekali gus
mengurangkan potensi untuk mendapatkan cahaya mata. Untuk mengetahui status
diri anda, sebaiknya pasangan yang sudah 18 bulan mendirikan rumahtangga tetapi
masih belum dikurniakan anak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dengan
pakar. Hal ini bagi memudahkan kita mengetahui apakah masalah sebenar yang
menyebabkan ketidaksuburan.
Kebanyakkan pakar menyarankan langkah
mengambil makanan tambahan (suplemen) adalah salah satu penawar untuk
menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini. Vitamin , mineral, Enzim & asid
amino sangat membantu untuk memperbaiki sistem dalam tubuh dan secara tidak
langsung membantu kesuburan individu.
Jadi Nurul syorkan produk set
kesuburan Forever Living bagi membantu anda di luar sana yang ingin ikhtiar
dengan produk ini yang telah mendapat ‘feedback’ positif daripada penggunanya
lebih daripada 160 buah negara. Kita hanya mampu usaha, doa & tawakal insya
Allah tuhan akan permudahkan urusan hambanya.
SET KESUBURAN UNTUK LELAKI
SET KESUBURAN UNTUK WANITA
Antara testimoni yang sudah berjaya hamil
dengan set kesuburan dari Forever living produk
Testimoni Hamil dengan Forever Living Produk |
Apa tunggu lagi.. jom dapatkan produk anda hari ini juga, Hubungi saya sekarang Nurul ditalian 019-4455623 untuk mendapatkan harga tawaran yg terbaik dari saya..
Boleh dapat less 15%-35% pastinya menjimatkan wang anda bukan dan banyak lagi Nurul nak kongsikan dengan anda semua..
Boleh dapat less 15%-35% pastinya menjimatkan wang anda bukan dan banyak lagi Nurul nak kongsikan dengan anda semua..
*kawasan COD (Cash On Delivery) kami di Shah Alam, Klang, & Banting..
luar kawasan boleh di runding mengikut terma & syarat terima kasih.
0 comments: